24 Disember 2009

JAMBORI AMAL DATANG LAGI!!!!


SALAM PERJUANGAN...

Jabatan Amal Kawasan Tawau atau unit amal akan mengadakan jambori amal kali ke 2 yang mana kali pertamanya telah di laksanakan pada tahun lalu...kali ini jambori amal akan di adakan di tempat yang sama seperti tahun lalu iaitu di Madrasah darul hidayah kg. sg. Imam Tawau...

jambori amal akan berlangsung selama 5 hari bermula 25-29 disember 2009...kali ini yang membezakan adalah aktiviti baru akan di tonjolkan...oleh itu kepada remaja2 yang berada disekitar tawau jangan lepaskan peluang ini kerana tempat adalah terhad.....jom sertai Jambori amal kali ke 2......"BERAMAL KERANA ALLAH"..

03 Disember 2009

KORBAN KASIH


Cuba bayangkan kamu ini adalah newly married couple. Bulan madu yang masih hangat. Dan Allah kurniakan seorang cahaya mata untuk menambahkan lagi kebahagian yang ada. Bayangkan moodnya saat itu. Bayangkan perasaan si isteri. Bayangkan perasaan suami yang begitu menghargai isterinya kerana telah menyerikan kehidupan mereka dengan kehadiran seorang cahaya mata.Apa agaknya yang akan seorang suami lakukan dalam mood yang begitu membahagiakan itu?

“Wahai isteriku, ayuh kita pergi berbahagia di suatu tempat percutian untuk meraikan kebahagian ini”. Pastinya ramai suami yang akan begini.Begitulah seakan-akan moodnya dalam kehidupan sepasang suami, Nabi Ibrahim dan Siti Hajar.

Tapi bukan itu yang terjadi. Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk membawa isterinya, Hajar dan anaknya Ismail ke Mekah. Lalu bergegaslah ketiga beranak itu ke sana. Hajar mengikut tanpa soalan. Pastinya segala perkara yang dilakukan oleh suaminya adalah yang terbaik.Bayangkan seketika perjalanan itu. Siang dan malam di padang pasir. Debu-debu halus, batu bata yang kasar. Setelah berhari-hari perjalanan, mereka tiba di Mekah.Tiba-tiba Nabi Ibrahim berbicara, “Aku akan meninggalkan kau dan Ismail di sini”.Bayangkan suasana itu. Tidak kelihatan langsung sumber makanan.

Bayangkan ketakutan hati seorang wanita di padang pasir itu. Bagaimana dia akan menghadapi malam-malam hari dengan anaknya? Binatang buas? Desert storm? Dan suaminya memberitahu semua itu tanpa memberinya peluang untuk berfikir.

Nabi Ibrahim tidak berpaling lagi dan meneruskan kembali perjalanannya ke Palestin kerana tahu itu adalah perintah Allah. Tapi Siti Hajar masih belum mengetahuinya. Tapi bayangkan juga perasaan seorang ayah yang akan meninggalkan bayi ciliknya yang paling disayanginya. Bayangkan perasaan seorang suami yang begitu mencintai isterinya. Tapi dia tidak berpaling lagi. Tidak ada rasa berbelah bahagi dalam mematuhi perintah Allah. Masya Allah!

Lantas Si Hajar mengikut jejak suami. Mengapa wahai Ibrahim kau mahu meninggalkanku? Mengapa? Mengapa? Berlinangan air mata tumpah meminta suami berhenti. Bayangkan seketika perasaan Ibrahim saat mendengar pujuk rayu sang isteri yang paling dicintainya. Tapi dia tetap tegar melaksanakan perintah RabbNya.
Tiba-tiba Hajar berbicara, “Adakah ini perintah Allah?”
“Ya”, balas Ibrahim. Terus Siti Hajar berbicara, “Maka pastinya Allah tidak akan mensia-siakan pahala orang yang beriman”.



Masya Allah! Bayangkan kalau kita di tempat Hajar.“Apa? Allah suruh tinggal kat sini? Apa aku nak makan kat sini? Apa nak jadi dengan anak aku”.
Mungkin itu bicara kita. Tapi dia redha menerima ketentuan Tuhannya.
Cuba bayangkan seketika saat dia melihat bayinya yang mugil itu. Kekuatan yang diharapkannya hanyalah dari Allah SWT. Bayinya mula menangis. Mungkin lapar seketika mampu dipujuk. Bayangkan saat anaknya kian lemah, menangis kerana starvation, kelaparan pada tahap melampau dan mungkin juga mati andai tidak mendapat makanan. Bayangkan seketika perasaan seorang ibu saat itu.

Lantas dia berlari-lari di antara Safa dan Marwa. Andai ada yang sudah pergi ke Mekah, perjalanan Safa dan Marwa hari ini adalah di atas susunan mozek, ditutupi oleh bumbung Masjidil Haram tetapi hakikat yang perlu dilalui oleh Hajar bukan begitu. Yang memayunginya adalah terik mentari sahara, yang menantinya adalah fatamorgana, jejak-jejak yang perlu dilaluinya adalah debu pasir yang berbatu.
Tidak sedikit pun dia mengeluh, “Ya Allah, mengapa kau melakukan aku begini?” Tidak sesekali dia berbicara begitu. Bayangkan semangat yang ada pada dirinya saat dia perlu melakukan semua itu selama 7 kali. Lantas turunlah pertolongan Allah, terbinalah telaga zam zam yang bukan hanya mengairi dan menghilangkan haus tekak Hajar dan Ismail, tapi jutaan manusia sehingga kini. Hebat! Semua itu kerana keikhlasan Hajar.



“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu”. (Surah Attalaq:2-3)


Berjalanlah pula Ibrahim jauh dari tempat ditinggalkan isteri dan anaknya. Di belakang sebuah gunung dia berdoa.

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.” (Surah Ibrahim:37)
Indah sungguh susunan doa tersebut. Bayangkan kita seorang ayah dan berada di tempat Ibrahim, mungkin sahaja doa kita begini, “Ya Allah, aku tinggalkan anak dan isteriku di tempat yang tiada siapapun, kurniakan mereka makanan dan minuman, kurniakan mereka keselamatan”.

Tapi bukan itu doa Ibrahim. Dia berharap agar dalam keadaan yang begitu terdesak itu, anak dan isterinya akan mendirikan solat. Masya Allah! Dia ingin anak dan isterinya sentiasa berhubungan dengan Allah. Kemudiannya barulah disebabkan perihal hal-hal yang lain agar anak dan isterinya terus bersyukur.


Ibn Abbas said, "'The Prophet Salla Allahu Alayhi Wasallam said, 'May Allah bestow His Mercy upon Isma'eel's mother! If she had left Zamzam - or if she had not cupped her hand - Zamzam would have been a flowing spring.' Ibn Abbas then said, 'So she drank and nursed her son. The angel then said to her, 'Do not fear abandonment, for a House for Allah (the Kaa'bah) will be built in this area by this boy and his father, and most certainly, Allah does not abandon His people.' [Al-Bukhari].
Kisah ini sangat panjang. Ada lagi yang lainnya. Semuanya menaikkan semangat kita untuk terus berjuang. Eid mubarak! Moga terus bersemangat.

01 Disember 2009

Salam Aidiladha....(baru muncul daaaa...)

alhamdulillah......

skrg da raya korban....lamanya x updet blog ni...maklum la....sbuk jak dari exam,program n mcm lg la....bgitula rncm hidup ni....da lama x cita untuk mngisi ruangan blog ku ni....eeeemmmm...bgitula...

nak cita tapi xtau nak stat kt na....ala...cita je la....kita stat dari exam pd 30 oktober 2009...masa tu hari pertama exam kt uum....walaupun exam stat masa tu tp aq lum mula lg paper ku masa tu...aq stat 9 november....alahai...lamanya juga stat,,,...ada la kwn ckp bgsnya lwt stat ble stdy byak2....ada juga ckp lwt stat lwt blk kmpg....arrrggghh..aq xpduli suma tu....ada aq kesah??...hehehe(ayt2 kwn ku kt uum)....rindu korang....

wpun stat 9 nov tp paper ku sgt rapat...bab dgn 6 paper sem ni tarikh aq exam dekat2 jak...9,10,13,16,17 n 18...pehhhh....azab ku rasa,,,..tp dsbbkn...aq ni jns yg stdy lwt....agk glaba jgk la...tp alhamdulillah...dalam kawaln juga la....exam kali ni agak susah juga la...mana tak nya dala susah ,rapat2 lg tu...nah...ambil ko....da tu stdy lwt lagi...emm rasa kan lu....tapi aq ble kawal suma nya....hehehe....


itu cita exam... ni plak cita lpas exam....lpas jak paper last malam 18 nov tu...aq trus p latihan n trus brtndg bola sepak dalam laptop daa,,....of coz la game....PES tu la nm gemnya...sapa kaki game msti tau punya...hehehe....stat malam tu aq main sampai xtdur mlm...pas slt subuh baru tdur....smbil2 kms blik n brg...bab nak balik umah...umah ku yang ku cinta...kt na???? ala...kat tawau tercinta.......huhu....masa ni...aq da tmbah terer la juga men game bola ni....tapi xla juara...hehehe....jarang main cam ni....apa lagi men smpai puas...heheheh...smbil2 hilgkn rasa tension pas exam katakan....

huhu..dalam mnunggu nak blek kg tu...Allah uji plak dgn pnyakit mata...sblah kanan....mujur ada kawan tlg ubtkan...tapi esoknya plak...sblh kiri palk skit...2 2 da sakit...aduh masa tu...Allah ja la yg tau btpa ku ksakitan....tapi suma tu ujian dari Allah...aq redha jak...pas tu 22 n0v aq bsiap awal pagi dalam jam 5 pg untuk brgkat ke airport alor star...kawan rapat ku juga la yang antar....dlm mnhn kskitan mt tu aq truskan pjlanan dr uum ke airport alor star...bab xsbr nak blik umah...

stibanya kt airport... aq rs malu palk bjalan ke sana ke sini dgn keadaan mata ku yang bgkak lagi merah.....tapi aq buat2 tak tau je....tepat jam 845 pg..kapal trbg airasia trbng mnuju airport lcct k.l.....aq apa lg..tdur la kt ats kpl tu untuk rhtkan mata yang kskitan....zzzzzzzzzzzzzzzzzz

dlm nyenyk tdur tu..aq tsdr bab pgumumn kapal nak lndg da....apa lg aq pun trus btulkn krusi n buka mt plhn2 bab skit bla nak clik kn mt...emmm..cobaan....setibanya kat lcct aq trus trun dr kpl n cpt ambil beg n trus cari mamber yang da tunggu aq smlmn bab kami akn blek bsm ke twu dgn flight yg sm...nk pndkkn cita....tpt jm 640 kpl ak 5154 ke twu berlpas..tp skit ati juga la...bab kpl lwt..spttnya jm 530 da btolak da...korg tau la btp sbrnya aq tunggu dgn mata yang skit plak tu....sabar...sabar...

pa lg..dlm kpl tidur la...xtau nak wat apa....tdur la...tpt jm 930 mlm...smpai da kt tawau...sgt hapy bab da smpai...bla nak g amik beg...aq d uji lagi oleh Allah...barang ku tertukar plak dgn pnmpg lain....beg aq d ambil org...emmm sabarnya aq mlm tu..aq trpksa berurusn untuk dptkan beg ku smula..tunggu punya tunggu org yg amik beg tu...xjwb plak pggilan yg kmi wat dgn btuan kakitangan Airasia.....sejam jgk la aq tunggu.. aq trus putuskan amik no.pjbt airasia . bg mklumt ku dgn dorg...stel esok...bab aq pnt...


esoknya ....en.fernando (kakitangan airasia) tlefon n bgtau org yang amik brg ku da bg mklmbls...jd dia bg no.tfon org tu...n aq tnpa buang ms...trus tfon org tu...ckp punya ckp...da dpt kata spkt...dia sudi antr beg ku...ms tu aq kt giant....syukur dpt blik brg2 ku..kalo x...nk pakai bju pa la aq kt umah....(tq so much en.fernando)

tu la....srba bnyak cita ku....tp nk tmbah skit lg...cita tntg aq brya korban taun ni....best la bab dpt kmpul suma family.....raya kedua pa lg...g tumbgkan lmbu korban kt madrasah sg.imam....13 ekor tue...fuhhhh.....dasyat...tp aq jaz lapah 1 ekor je.....heheh...wat scr jemaah...sronok....hehheh...

ni la kngn ku slama x updet blog....skurg2nya dpt la ku tulis n kgsi dgn kwn2 pmbaca...heheheh...smoga cita ku ni dapat jd cita yang hburkan shbt sklia....ampun maaf kalo ada tsilap kata dalam cita kali ni n kpd shbt2 yg knl dri ini aq nk mohon maaf kalo slma ni byak wat slh pd kalian suma...moga amalan korban kita tahun ni mabrur....amin....jumpa lg....

31 Oktober 2009

SALAM IMTIHAN

SELAMAT MENEMPUHI IMTIHAN YANG DATANG.....BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN.....MOGA KITA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN,,,,AMIN.......

09 Oktober 2009

Pesan syekh Tantawi

Wahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan. Aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya,sekarang masyaALlah!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula - mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya
untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong...aku kecurian."

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku? Renungkanlah!

02 Oktober 2009

BERJUANGLAH !!!


Kau tidak bodoh andai kau gagal
selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan
pahala,
bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau reda, sabar dan terus
berusaha.
TAPI, kau sememangnya bodoh,
jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal dan
menderita,
tiada nilaian pahala dari-Nya,
malah kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia-siakan amanah
berharga.
Sahabat2ku..
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kau terjatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kekuatan untuk bangkit
semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.
Berjuanglah shabat2ku..
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak didunia,
nun di syurga sana..

27 September 2009

Pertanyaan Imam Ghazali

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

IMAM GHAZALI' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.'

Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

'sampaikanlah walau satu ayat'..

20 September 2009

keraNa SeliPaR???

salam ...

betemu lagi kita...heheh...

haaa...nk smbg apa peristiwa yang ku ckp tu...haaa...mai2 dengar cita aq ni....

cm ni cita dia.....dalam keghairahan mau p beraya g istanah aq n segelintir kwn2 yang merasai peristiwa yang sama telah melakukan satu tindakan yang boleh kata merosakkan majlis...,masa nak berbaris nk bersalaman dengan sultan n berniat nak dapat duit raya kami telah ditegur oleh seorang hamba Allah yang mengatakan kepada kami yang sedang berbaris dengan kata "ni guna selipar nak menghadap sultan cam nak p kelab dangdung plak"...dengan tidak semena-menanya..kami yang mendengar ungkapan 2 sangat2 terasa n sangat2 malu...nak wat cam mana salah kita x tau n x di beritahu protokol nak menghadap sultan...n di antara ramai2 jmputan itu,kamilah yang agak selekeh dari segi pemakaian ...nak wat cam mana benda dah jadi...ini lah peristiwa yang boleh terpaku di hatiku.....haaa...kwn2 da bc kan...sedihkan cita ku ni.. n sgt memalukan...tapi apa2 pun pakaian kami dah cukup mengikut syariat islam...x mcm yang lain2 2...moga Allah melindungiku dari sebarang dosa ...amin...

k lah da cukp untuk ari ni aq muatkan cita dalam sejarah ku ini...moga menjadi iktibar buat ku n kwn2 yang lain...k salam 1 syawal....

YEYE HARI RAYA!!!!


SALAM ....

Alhamdulillah...raya tiba lagi kali ini dengan penuh kesederhanaan bagiku tahun ini....kali ni cam besa raya kt uum...hehehe...raya ni aq da biasa da ndak cam tahun lalu penuh dengan kepiluan(cengeng)...hahah...tapi semua ni adalah pengorbanan yang harus ku tempuhi bagi mencapai matlamat hidup di dunia n juga akhirat...


hari ni aq awal ke masjid sekitar jam 730 pg bab xmau terlewat cam tahun lalu terlewat ke masjid sampai imam da rakaat pertama n da baca surah...aduh sedih xdpt kejar imam untuk berdiri bersama untuk dirikan solat...alhamdulillah tahun ni ada peningkatan...hahah...


seperti biasa lepas solat hari raya kali ni makan free tersedia di luar perkarangan masjid...tapi tahun ni kurang sikit la kesedapannya dan agak kurang pilihan ,mana tidaknya...sate xda cm tahun lalu...tahun lalu aq pecah rekod makan sate 50 cucuk ..aq sorang jak habiskan...hhahah..lahab betul....tapi syukurla ada juga pihak pusat islam uum sediakan makanan untuk kami2 yang x blek raya...cam besa raya ,budak sabah,budak indon,pak arab,pelajar cina n seangkatan foriegner x blek raya...masjid dipenuhi kawan2 arab n cm2 lg bangsa...apa pun kita semua diikat dengan akidah yang sam iaitu ISLAM...



aaaaaaaa....yang istimewa raya tahun ni p braya di ISTANAH ANAK BUKIT KEDAH...kami p dengan guna bas uum n seramai 45 orang yang p termasuk kawan2 arab yang xcited nk salam Sultan...hahaha..kami apa lagi cam pemandu pelncung jak bawak dorang yang mcm ragam..tapi alhamdulillah..agak terkawal la juga...


selama ni xdak terlintas mau masuk istanah sultan ...tapi hari ni juga aq melakar sejarah memasuki istanah...pehh...sangat cntk istanah itu!!!...dapat berslaman denga sultan kedah...syukur aq beradab juga pada sultan...dalam istanah jmpa artis pun ada...antranya...zaibo,kartina aziz n lan pet pet senario...ahh..lupakan suma 2...yang penting aq da pijak istanah yang x pena aq terfikir mau masuk...n dapat tengok cm2 org kenamaan n yang lain2...tapi ada peristiwa yang berlaku yang aq sndiri malu n sangat malu...nk tau apa dia... t aq cita di ruangan lain..k ...tungguuuuu......

k la....rehat dulu....apa pun selamat hari raya kepada semua ahli keluargaku yang tercinta,rakan taulan dan siapa jak yang kenal diri ini...ampun maaf ku pinta zahir n batin......yeyeyey hari raya......

15 September 2009

CHAKK!!!!!!!



SALAM kpd suma yang sudi berkunjung ke laman blog saya ni....alhamdulillah akhirnya dapat juga Allah memberikan ku masa untuk terus 'mengupdet' blog ku yang da lm x di updet ni...(x mcm akak ku..ari2 updet..jgn mrh)....

syukur juga pada Allah kerana di hari yang mulia ini,25 Ramadhan 1430H akhirnya dapat juga ku mengisi ruangan ini untuk tatapan dan bacaan pada suma yang sudi membacanya...tekiu.....hehehe...

Di ujung2 ramadhan ini rasa x sedar da x lm lg kita suma akan ditinggalkan oleh Ramadhan yang mulia ini sekali g...sedih jugak la...bab takut2 amalan di bulan yang mulia ini x mndpt apa2 daripada Allah..tapi ku selalu m'mhn agr setiap amalan yang ku lakukan mendapat redha Allah...amin...

aku selalu terfikirkan apa la yang telah aku buat selama 25 hari yang lalu dalam bulan ni...adakah seperti yang di harapkan atau skdr harapan tanpa amalan yang bersungguh2 dan abdikan diri kepada Allah....tambahan lg ada 4 hari lagi baki di bulan ramadhan..rs x ckup jak amalan ku ...

apa2 pun aku sntiasa berdoa agr apa yang ku lakukan selama ni mendapat redha daripadaNYA....amin....

haaaaa...nk konsi la jgk cita ni..citanya mcm ni....pada suatu ari...(eh..merepek aku ni..)...heheh..lupakan td tu..mcm ni citanya...di ambang nk raya ni..aku sedih la cikit bab taun ni aku x blek lg beraya ...cam taun lalu jugak...aku akan beraya di rantauan( dlm hutan ilmu sintok kedah)..ala kt uum la...xtau la..kwn2 suma tnya.."blek ka raya ni"?...dengan jwpn yg x sbrp nk slumber...aku jwb..."ndak blek aku"...(messu ugik na)hehehe.....dengan muka yg x sbrp nk tkjut..kwn ku tnya..."npe x blek?"(smnjg la konok) ada jgk yg ckp "awat hang x blek?"(ckp kedah la skit) n kwn kelantan ku pun tnya bnda yg sm dgn logak klate nya... "gapo demo x klik?"...hahhha..cam2 dorng ni...tp xpala..kwn........jd ku jwb la...aku x bli tkt blek bab x rncg nk blek ry...lg pun cuti raya cuma 1 mggu jak..xdan nk blekk...xsronok uti ckit2....kan5x.......


emmmm...tp nk wt cm na...da jd lmrh sorng perntau cm abg ku slalu ckp.."memang bgtu ank perntau"....jd mau x mu thn2 jak la.....haaaa..kpd abg2ku n kakak ku yg brda di bumi TAWAU yg tercinta tu...haa..ingt la pranan msg2 utk bg duit raya utk aku ni...lg bnyk lg bgs...hahaha...kan suma krja...hahha...jgn mrh nnt di jual..huhuhu...

aku ni kalo bab mrepek no.1 btl...aahh...da byk ku tulis ni...mau p solt asr la...tp sblm tu...nk buat ucpn raya dr prantauan....BUAT MAK N BAPAK KU YANG KU CINTAI, ABG ,KAKAK ,ADIK ,ANK BUAH N KWN2 KU....SAYA NK UCAPKAN SLMT HARI RAYA MAAF ZAHIR N BATIN...AMPUNKN SGL KSLHN KU...K..MOGA KITA PNJG UMUR B'TEMU LG ....(alahai..cm jak jauh btl bah..d smnnjg jak pun)....pokoknya jauh bah ni....hehehe....

yala...pnt ku taip ni...da ms lg ku updet lg n kita tulis2 lg tntg apa jua k...moga kalian suma mndpt keredhaan Allah pd buln ramadhan yang kini bkl tgglkn kita..tgktkan amal,imn n pahla...moga mnuju syurga yg hakiki...amin...salam ramadhan n aidilfitri....

30 Julai 2009

TERKUARANTIN SENDIRI???

DALAM keseronokanku belajar diawal sem 3 ku ini,aku & semua warga UUM terpaksa bercuti awal ekoran wabak H1N1 ..bak kata pepatah kwnku... "babi serang U "....ahhahha...lucu jugak dengan pepatahni...apa2 pun e2 lah pepatah kawan n sahabat karibku...asmara....dia pun kena kaurentin...bukan uum sahaja terpaksa bercuti awal malah begitu juga dengan ipt yang lain....semua ini dugaan yang Allah tunjukkan kepada kita dan harus waspada kerana semua ini amaran yang Allah berikan...seharusnya kita jangan leka PADANYA....

dah 4 hari ku begini...bosan ku rasa duduk jak kt bilik..nonton cita korea,men game,dengar lagu,wat assgment n baca buku...tu jak la yg mampu ku wat setakat ni...dah sampai tahap bosan cm ni bru la aku kuar bilik p online ..kalo x cm na la dengan 2lisan untuk blog ku ini...x kmu terbaca klo ku x 2lis...hahha....

sangat membimbangkan la wabak ni...1 persatu U di 2tup...kes pun makin meningkat...aduh mudah2an kita semua dijauhkan dari semua ujian ini...amin...buat kwn2ku di setiap bumi Malaysia ni yang kenal n baru baca blogku yang tak seberapa ini...sama2 la kita berdoa agar Allah bebaskan kita dari ujian wabak H1N1 ini,,,...moga dihindari dari jangkitan ini......

buat kwn2ku...jaga diri n amalkan hidup yang sihat serta tingkatkanlah amal soleh anda semua...jumpa lagi d tulisanku yang akan datang.....salam ukhuwah....

15 Julai 2009

KEMBALINYA AKU KE UUM

SALAM KEPADA SEMUA SAHABAT..ALHAMDULILLAH SETELAH AKU BERADA DI BUMI KELAHIRAN KU YANG TERCINTA AKHIRNYA AKU MASIH LAGI DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENERUSKAN PERJUANGAN KU UNTUK MENUNTUT ILMU DI MENARA GADING INI....BUMI YANG DIBERI NAMA "SINTOK".....

RASA RINDUKU PADA BUMI TAWAU MASIH TERASA HINGGA KE HARI INI DAN INSYAALLAH BUAT SELAMANYA EKORAN PELBAGAI KENANGAN KU BERMULA DI SINI...

HAMPIR 2 BULAN AKU BALIK CUTI SEM ,AKU SERONOK KERANA MENGHABISKAN MASA CUTI KU DENGAN PROGRAM JEMAAH...TQ ALLAH KERANA MASIH MEMBERIKANKU PELUANG YANG SEINDAH INI.....

AKU BERDOA PADA ALLAH AGAR AKU SENTIASA DI SAMPING-NYA DAN TERUS DILINDUNGINYA AKU SENTIASA....

MOGA AKU TERUS ISTIQOMAH DLAM PERJUANGAN MNEGAKKAN AGAMA ALLAH DI MUKA BUMI INI...

AKHIR SALAM...BUAT SAHABAT YANG LAIN MOGA KITA TERUS ISTIQOMAH DALAM PERJUANGAN INI DAN BEROLEH KEJAYAAN....AMIN....

26 Jun 2009

KEM UNIT AMAL (KUAT) KALI KE 7


SALAM KEPADA SEMUA...blum smpt lg hilang penat dari program KRIS ada lg progrm yg baru iaitu KUAT kali ke 7...alhamdulillah tahun ini peserta bertambah berbanding tahun2 lalu...seronok rasanya bla dapat buat program bersama2 sahabat yang lain...

kali ini KUAT memberi satu pengalaman yang bermakna dalam hidupku kerana aq berasa puas melaksanakan program ini berasama sahabat2 lain walaupun aq sekadar ajk makanan...jadi tugasku hanya memasak...tapi keseronokan itu sangat bermakna dalam hidupku..

ini lah antara program yang dapat aq tingkatkan pengalaman ku dalam berdakwah di bumi tempatku dilahirkan....terima kasih Allah kerana memberikan ku ruang dan peluang dalam melaksanakan dan dapatku susuri lagi 1 perjalanan hidupku...Moga kita berjumpa lagi di program yang sama KUAT kali ke 8 (2010).....

14 Jun 2009

posmotem KRIS KE 4


Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberikan nikmat iman dan islam dan tidak lupa juga kepada nabi junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W serta pada sahabat2 baginda dan pada pejuang2 agama Allah yang masih bertebaran di muka bumi Allah ini untuk menyebarkan syiar Islam agar terus tertegaknya agama Allah di muka bumi ini....


Syukur juga pada Allah kerana mengizinkan KRIS (Kem Remaja Islam) kali ke 4 ini melabuhkan tirainya baru2 ini..KRIS adalah medan dakwah kepada mahasiswa,mahasiswi dan semua yang berada pada saf2 jemaah Unit Amal kawasan Tawau,NISA' kawasan Tawau serta adik2 PERPPIS untuk meyebarkan Islam di bumi Tawau khususnya ...

Hari ini juga telah berlangsungnya posmotem untuk KRIS bagi merenung kembali kelemahan dan kekurangan program tersebut yang telah dilaksanakan pada 08-11/06/2009 di smk Kuhara bagi mencari idea2 yang bernas bagi memurnikan lagi program ini agar KRIS yang akan datang lebih baik dan cemerlang berbanding KRIS yang lalu.

Alhamdulillah suma masalah dapat dirungkai bagi mencari jalan penyelesaiannya agar program yang akan datang akan lebih "perform" dan "mantob"...

Akhir sekali,harapan saya untuk KRIS 5 (2010) akan datang ,akan lebih mantap dan minta pada sahabat2 yang lain yang akan kembali ke medan "campus" bersiap sedia lbh awal untuk KRIS tahun depan agar lebih ckup persediaan dan persiapan untuk menjayakannya..bukan program ini sahaja tapi apa jua gerak kerja Islam kita perlu teliti agar Islam akan terus dipandang tinggi oleh seluruh umat manusia..

"ISLAM UNTUK SEMUA" begitulah tema KRIS 4 yang dah berlalu..dan KRIS 5 akan datang ,akan ada tema yang baru..jadi sama2 lah kita nantikan....

13 Jun 2009

KRIS 2009 IS THE BEST !!


KRIS 09 telah selamat melaburkan tirainya untuk tahun ini...moga kita jumpa lagi pada KRIS 10 tahun depan..INSYAALLAH......

bengkel IT d kolej komuniti Tawau



Ini lah first time ku ikut bengkel komputer dalam hidup ku....alhamdulillah...banyak benda ku bekajar hari ini...terutamanya lahirnya blog ku ini....

AKU IBARAT BELON


Aku ibarat belon ...itulah yang aku ibaratkan pada diri ku kerana walaupun ku besar tapi aku ringan....sama la dengan belon...walaupun besar namun ianya ringan.....