14 Jun 2009

posmotem KRIS KE 4


Alhamdulillah syukur pada Allah kerana diberikan nikmat iman dan islam dan tidak lupa juga kepada nabi junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W serta pada sahabat2 baginda dan pada pejuang2 agama Allah yang masih bertebaran di muka bumi Allah ini untuk menyebarkan syiar Islam agar terus tertegaknya agama Allah di muka bumi ini....


Syukur juga pada Allah kerana mengizinkan KRIS (Kem Remaja Islam) kali ke 4 ini melabuhkan tirainya baru2 ini..KRIS adalah medan dakwah kepada mahasiswa,mahasiswi dan semua yang berada pada saf2 jemaah Unit Amal kawasan Tawau,NISA' kawasan Tawau serta adik2 PERPPIS untuk meyebarkan Islam di bumi Tawau khususnya ...

Hari ini juga telah berlangsungnya posmotem untuk KRIS bagi merenung kembali kelemahan dan kekurangan program tersebut yang telah dilaksanakan pada 08-11/06/2009 di smk Kuhara bagi mencari idea2 yang bernas bagi memurnikan lagi program ini agar KRIS yang akan datang lebih baik dan cemerlang berbanding KRIS yang lalu.

Alhamdulillah suma masalah dapat dirungkai bagi mencari jalan penyelesaiannya agar program yang akan datang akan lebih "perform" dan "mantob"...

Akhir sekali,harapan saya untuk KRIS 5 (2010) akan datang ,akan lebih mantap dan minta pada sahabat2 yang lain yang akan kembali ke medan "campus" bersiap sedia lbh awal untuk KRIS tahun depan agar lebih ckup persediaan dan persiapan untuk menjayakannya..bukan program ini sahaja tapi apa jua gerak kerja Islam kita perlu teliti agar Islam akan terus dipandang tinggi oleh seluruh umat manusia..

"ISLAM UNTUK SEMUA" begitulah tema KRIS 4 yang dah berlalu..dan KRIS 5 akan datang ,akan ada tema yang baru..jadi sama2 lah kita nantikan....

Tiada ulasan:

Catat Komen