" KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN ADALAH HEMBUSAN DARI LANGIT DITURUNKAN KE LUBUK HATI ORANG YANG BERIMAN..... MEREKA TETAP BERHATI TEGUH DI KALA ORANG LAIN DALAM KEGONCANGAN " (SYED QUTB)
02 Oktober 2009
BERJUANGLAH !!!
Kau tidak bodoh andai kau gagal
selepas berusaha,
kerana itu satu ujian dan dijanjikan
pahala,
bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau reda, sabar dan terus
berusaha.
TAPI, kau sememangnya bodoh,
jika kau langsung tidak berusaha,
kerana pasti kau akan gagal dan
menderita,
tiada nilaian pahala dari-Nya,
malah kau pula menanggung dosa,
lantaran kau sia-siakan amanah
berharga.
Sahabat2ku..
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan tidak pernah berkesudahan,
sekali kau terjatuh,
jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
kau punya kekuatan untuk bangkit
semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan.
Berjuanglah shabat2ku..
tanpa mengenal penat dan jemu,
biar hidup kita derita dengan usaha,
kelak kita akan dimulia,
jika tidak didunia,
nun di syurga sana..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan